Wednesday, November 9, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha :)

setiap tahun semua umat islam akan menyambut hari raya aidiladha or erti kate lain hari raye haji. as we know, semua org suke hari raye especially hari raye aidilfitri sbb dapat duit raye ^^ tp hari raya aidiladha ialah perayaan yg terbesar skali dlm Islam yg akan kite sambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 zulhijjah. ape yg specialnye raye ni? raye ni ade ibadah korban. ibadah Qurban 2 maksudnye penyembelihan haiwan ternakan. haiwan yg biase org wat qurban
contohnye mcm unta, lembu, biri-biri dan kambing. kerbau? haaa ni la yang ak confiuss sgt. spnjg idup ak xpnh pulak ak tgk org sembelih kerbau. kerbau boleh makan kerr?? hahaha actually ak pnh tgk qurban skali je seumur hidup. mase umor ak 12thn. mmg rase mgerikan smpi ak nangis tgk lembu 2 kne sembelih. serius. da kne sembelih pn lembu 2 idup lg. ak nmpk lembu 2 menangis. kesian lembu 2. mst die sakit. tp nk wat cmne. 2 bahagian die n tuhan balas dgn ganjaran yg sgt lumayan utk lembu2 yg kne qurban. setitik darah die jatuh kat bumi. syurga la pasti tempatnye. sejak hari 2 ak xpernah nk tgk lembu kne sembelih. sbb ak xkuat nk tgk. klu sedih ak xleh mkn lembu 2. so ibu x bagi ak tgk. tergerak hati ak nak share dgn semua org ape fadhilat Qurban ak pun dapat dari web INI

1. Keampunan
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

dan hukuman bagi yg mampu tp x melaksanakan qurban
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

ak bukan nak membebel panjang or blagak jd ustazah. sekadar berkongsi ilmu je ^^
di kesempatan ini. sy dan keluarga ingin mengucapkan...



No comments:

Post a Comment

leave ur comment here =)