Wednesday, November 9, 2011

happy eid recipes =D

walaupun da raye yg ke3 tapi bahang raye ttp ade.
org ckp daging korban x elok klu x masak dalam mase 3 hari.
btul ke? ak pn xtau. nnt bile ak da dpt jawapannye ak post eh ;)
raye ke3 ni xde la havoc sgt lauk pauknye. just simple2 je :)
tp klu da mkn ramai2 satu fmly.
mknn simple pun jadi cm grand giler.
so kat sini ak terasa cm nak share resepi jep.
walaupun mknn yg simple n korg sume tau nak wat =)

the main course SUP TULANG

cara-cara

1. ambil tulang lembu. Rebus dengan api kecil sampai empuk. Kalau nak buat makan tengahari...pagi-pagi tu dah mula kne rebus kat ats dapur. tutup periuk supaya wap terperangkap dan daging cepat empuk. Masukkan dua tiga ketul bawang putih yang diketuk, 1 inci halia dan 2 batang serai yang juga di ketuk. Setelah agak empuk masukkan ubi kentang dan buah tomato.

2. untuk bawang goreng, klu nak kaw kne la gne homemade pny =D resepi bawang goreng ni sy dapat dari blog kak nani rostam. nak sedap mesti guna bawang merah dan bawang putih goreng buatan sendiri.(Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis berasingan dan goreng juga berasingan). Tabur tepung gandum, garam dan perasa ke atas bawang hiris lalu goreng ke dalam minyak yang agak banyak. goreng dengan api kecil sehingga garing kekuningan. angkat dan tos di atas kertas tisu dapur. Setelah agak sejuk dan rangup simpan di dalam bekas kedap udara berasingan bawang putih goreng dan bawang merah goreng.

3. Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan (ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah dikisar terlebih dahulu).Setelah garing cepat-cepat tutup api dan tuang kesemua termasuk minyak kedalam air rebusan tulang yang telah empuk.

4. Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih, lada hitam, serbuk kas-kas sehingga lumat. Tumiskan didalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi sehingga naik bau dan agak garing. Tutup api dan masukkan kesemua bahan termasuk minyak sekali ke dalam sup tadi. Masukkan garam dan serbuk pati ayam.

5. Akhir sekali, di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.

Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.

Cara membuat sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih sampai lumat lalu masukkan kicap soya manis.

Kesemua sukatan bahan-bahan adalah mengikut agak-agak dan kesukaan sendiri.
tgk la byk mane korg nk masak. kne agak2. xtau nk wat anggaran bape hihi ^^



TAUHU SUMBAT

1. ambil tauhu lumurkan dgn sedikit garam, serbuk perasa (sy gne secukup rasa maggi) dgn sedikit je sos tiram. gaul rata dan goreng dalam minyak yg da panas.

2. potong sayur halus2 timun, dan gaulkan dgn sedikit taugeh. (klu suke carrot boleh la tambah.)

3. setelah tauhu da goreng, potong bentuk segi tiga n belah bahagian tgh tauhu, sumbat je sayur campur (taugeh& timun) tadi dalam tauhu.

4. hidang tauhu sumbat dgn sambal kacang. nk resepi sambal kacang? cari kat sini =)



PUDDING OREO

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan

Cara-cara

1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

2. blender halus biskut oreo.

3. masukkan susu segar dan gula dalam agar2 yg direbus tadi. kacau sebati. Setelah agar2 dan gula larut, masukkan susu dalam agar2. (jgn masak susu cair terlalu lame sbb nnt boleh hangus)

3. Setelah semua sebati, curah agar2 yg dimasak dalam acuan yg sudah diisi dgn biskut oreo dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi. (tuang agar2 perlahan2 dlm acuan supaya serbuk oreo tdk berselerak.)

fes time buat x jadi. tuang agar2 laju sgt. abis oreo die berselerak.

2nd time wat bru jadi. nice one =) walaupun xbape cntik sgt hihi

No comments:

Post a Comment

leave ur comment here =)