Friday, March 11, 2011

kalau anak dara dah masuk dapur

stp kali balik rumah...
ibu mmg dah tau awl² cnfem dapor ni ak yg conquer hahahah
ibu,
x salahkan klu nak cilok dapur ibu selama seminggu hehehehe
seriusly ak ni bkn la perempuan yg cantik
ak juga x pandai,
juga x menarik, juga...n macam² la
tp 1 je...
ak suke masak...
yelah, dah kau asyik nak mengunyah je mmg la suke masak.
klu ko x masak nnt ape yg nak dikunyah nye mak mok oiii
hahaha
klu pegi mkn kat lua mst order mknn yg pelik..
so bile mkn boleh la try² kaji..
ape la bahan² yg die gune nak masak mknn 2 muahahahah
then try kat umah =)
kali ni resepinye triffle
ak smpat tgkap beberapa pic je..
dah siap 2 x sempat nak tgkap. lupe.
abis 2 dah excited beno nak nk mkn...
abis lupe sume...
try la resepi ni.
ak pn xde la teror sgt masak.
resepi ni pn ak google tau..
pas2 try kat umah
try la korg..
mane tau korg masak lg sedap =)
terutamanye si anak² dara..
x elok klu pmpuan x pandai masak -----> ayat auntie sri (my mum)
ak mmg dah didik utk masak dr darjah 1 lg.
bermula dgn masak air ngn nasi ngn wat susu adik (kire mask la 2 :p, nak wat susu kan kene masak air panas hahhaa)


RESEPI TRIFFLE

Lapisan Paling Bawah
Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol.
Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya.
(Jem buah yang asli atau berkualiti).

Lapisan 2
Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan.
Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air.
Kacau tanpa henti dan tutup api.
Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem.
Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.

Lapisan 3
Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek.
Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi.
Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi.
(Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic)

Lapisan 4
Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.

Lapisan 5 (Lapisan Paling Atas)
Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi dan buahanggur.
(Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)



TRIFFLE GALLERY

bahan² asas yg diperlukan.


susun sponge cake dalam mangkuk.


masak tepung kastard sehingga likat.


basahkan sponge cake dengan menyiram air buah²an di atas cake.


kemudian siramkan susu cair di atas sponge cake.


selepas sponge cake dah basah, tabur buah²an koktail diatas cake hingga penuh.
(yg ak wat ni belum habis tabur lagi hahaha :p)
then siramkan jelly yg dah dimasak atas cake.


sapukan kastard yg dimasak td diatas cake.
kemudian lapiskan dengan fresh cream.
(jgn tiru sy, sy x guna fresh cream)


hah sy gune ready made cream ni. abis 2 nak wat cmne. cream ni je ade kat umah. x plan pn nak wat triffle hahahaha. jadilah, hidup kne creatif :p


tada!!! dah siap :)
masukkan dalam peti ais then dah bole mkn...
sedap :D shahir ngn ibu makan sampai tambah 3 kali :)
tp klu nak cantik atas 2 hiaslah dgn buah²an.

No comments:

Post a Comment

leave ur comment here =)