Thursday, March 31, 2011

mmg suke gile


shining! shining!
glitter! glitter!
i love the blaze of the beads :)
ak mmg pantang klu nampak beads yg cute2.
klu jalan je, nmpk bersinar2 mst bli hahaha
port plg baik nak cri beads yg funky kat petaling street.
mmg belambak kedai2 art ni.
bkn stakat beads je. kedai comel2 pn ade hehhe
kedai comel2? kedai comel2 2 maknenye die jual brg yg comel2 je :)
oganza reben, stripe, mini butterfly, byk lagi la :D
klu xde bole je cri kat kedai2 pengantin. pn byk jgk tp corak die xbest sgt la
ingat mmbazir ke??
tau x. dr beads2 ni bole mghasilkan present utk yg teristimewa or utk diri sendiri :)


PHOTO BUCKET






hasil²nye tada!!!! :D








Monday, March 28, 2011

who wants beautiful skin! :D


honestly my skin xde la cntik mane pn :p
tp mahu share jgk ngn korg.
kulit ak ni jenis kulit yg nipis, so bile kene panas.
confem! jd anak ankat padayappa. that y klu keluar tghari ak akan pki sunblock.
jenama metholatum. murah je. kat watson n guardian ade belambak.
bgus tau sun block die, sbb liquid die clourless.
then klu pki sun block 2 x nmpk pn sopak² or belak² kat muke korg even korg pki bedak.
pas2 kulit aku ni cepat berminyak.
sape nak tumpang muke ak betulkan tudung boleh la hahha
berkilat gile! dari jauh org dah boleh nmpk sinarannye hahhaa
pas2 klu x jage, x cuci elok² mmg muke ak dah mcm sakai baru keluar hutan.
nasib baik la perangai ak ni mewarisi perangai ibu.
yg cerewet bab² tubuh badan ni hahhaa
actually, ikan sbnrnye baik untuk kulit.
tp dekat uitm ni mmg payah la nak cari ikan yg sedap.
klu ade jual ikan pn, mst daging die keras. uwekkk
ikan penuh ngn protein.
ibu ckp protein 2 penting untuk mmbina tisu² yg ade dlm badan kite ni.
ko contoh cm ade kulit² mati kat kulit korg 2 nnt die tukar la sel baru wwwaaa bru tantekkk!! :D
so nak dapat ikan susah ak ambik KAPSUL MINYAK IKAN KOD SCOTT'S EMULSION.
klu awal² mkn mmg r x nmpk pape jd, tp lepas dah nak dekat sebotol ak abiskan.
bile usap kulit 2, rase lembut n licin :)
x caye try la sendiri :p
x semestinya nak jenama yg sama.
ape² jenama pn bole, tp minyak ikan kod ni mmg bagus untuk badan.


KEBAIKAN MINYAK IKAN KOD

☻ memelihara kesihatan sel ephitilia yg terdapat pada saluran pernafasan, untuk menghindarkan sebarang jangkitan
kuman.
☻ tumbesaran yg normal.
☻ penglihatan yg sihat dan mengelakkan dari rabun malam.
☻ penglihatan warna yg sempurna.
☻ memelihara tisu yang sihat.
☻ menguatkan gigi dan tulang.

PHOTO BUCKET




kapsul yg elastic lembut, sng nak telan.

Sunday, March 13, 2011

pray 4 japan

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. - Berita Harian

bumi dah tua. macam² bencana alam yg berlaku. tapi manusia masih x sedar. masih lalai dengan amaran Yang Maha Esa. termasuklah ak. Ya Allah jauhkan la ak dari manusia² lalai. ak sebagai manusia x lari dari godaan syaitan. mari la kita sama² mengambil iktinbar dr kejadian yg berlaku pada hari jumaat, 11 mac 2011. dah terbukti dalam Al Quran, yg Allah akan turunkan hari kiamat pada hari jumaat. takut. sape saje manusia pasti merasa takut untuk menghadapi hari kebinasaan itu. sama² la kita dekatkan diri padaNya. walaupun kite x punya wang ringgit, tp kite masih mampu utk sedekah kan doa untuk manusia yg hidup di muka bumi tuhan ini.


DOA AKHIR ZAMAN

ALLAHUMMAGHFIRLI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMARHAM UMMATI SAYYIDINA MUH...AMMAD....
ALLAHUMMA ASHLIH UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD. ...
ALLAHUMMAJBUR UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA A’FI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA FARRIJ A’N UMM...ATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
FARAJA A’JILAN YA ARHAMARRAHIMIN

Maknanya:
Ya ALLAH, ampunilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, kasihanilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, baguskanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, berilah ganti umat Muhammad.
Ya ALLAH, tutupilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, sejahterakanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, lapangkanlah umat Muhammad selapang-lapangnya dengan cepat.
Wahai Dzat yang paling penyayang dari semua penyayang.


PHOTO BUCKET






pokok kaktus ak dah besar :D

pokok kaktus ni asalnye hadiah dr seseorg. ak jage die bagai menatang minyak yg penuh ceh...byk la ko jge hahahaa sian pokok ni terbiar. dah la ko letak die dalam bilik, atas meja study. die nak cahaye matahari la woi. wahai kaktus ak mnx maaf tau , xjd tuan yg baik utk ko :(
ak x bagi kau makan baje pn. tp ak tgk ko cm dah gemuk je dlm jagaan ak hehehe haahaha kantoi. smpi sini ak dah dga poko kaktus ak ketawa hahaha comel (^__^)
bgus jgk kau ni kaktus, tgh² tension study, blh benti jap, belek² kau. ak xde la abaikan ko kan??
seminggu 2 kali ak mst siram ko dgn air 100+ campur ngn panadol hahahaha abis 2 dah xde baje. ak try la care ni. mane tau idea ak ni bergune huahuahuahuahua.

PHOTO GALLERY

ni la pokok cactus sy...name die duan hahahaha :p


air baje = 100+ + panadol.

Sikap Wanita Yang Disenangi Lelaki ♀♂


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

dipetik dari I♥ISLAM.COM jumaat, 11 mac 2011.


Saturday, March 12, 2011

j.b jom!

j.b! j.b!
waaa ak x pnh sampai lg ke j.b ni.. ni kire festime pegi tau.
ttbe idea gile yg bru nak smpai pada sabtu petang.
no sume gare² ika, seha, n ima.
hahaha oke cool! ikut je lah :P
mane x nye ari sabtu hari 2 mmg la sunyi yg amat.
terperuk dalam bilik, dgn otak yg tension.
mmg x mendatangkan ketenangan langsung.
cume stress dgn ganguan serangga² hutan yg suke sgt masuk bilik org.
tambah² lagi lebah. suke beno masuk bilik.
tau la kitorg ni sweet ngeh ngeh ngeh! :D
klu sehari sapu bilik blh dpt 1 bundle serangga yg mati kekerasan tau hahaha.

ika : dah masing siap, dah siap sume nnt trun oke?
konco² : okeh!

pukul 6.30 petang da sampai bussten segamat.
pegi tiket kaunter

ika : bang tiket gi jb ade.
abg tiket : ade pkul 7.30.
ika : ha bg 4.

oke setel. jom j.b hahahahaha
nasib baik ibu bagi pegi. ak sbnrnye festime jalan jauh malam naik bas pegi negeri yg bkn negeri ak ni hahaha. mmg ak xleh tido dlm bas. goyang sane, goyang sini. sbb 2 la ak x suke naik bas. penin woooo sllu balik umah pn naik train.huuuuu lembut n steady je. xde sakit jantung, sampai rumah dgn selamat, riang dan gembira tanpa muntah². sampai j.b dalam pukul 10.30 mlm.
destinasi overnite ktorg nak tau mane??
pasar karat la. syok! meriah n bersih tempat die.
pasar karat ni lebih kurang cam petaling street jgk la. cume pasar karat ni kecik n x banyak barang sgt. tp tmpat die best, meriah n bersih. klu kat petaling street 2 penuh ngn bangsa asing. rimas. tp ktorg window shopping je. xbeli pape pn, haaa cume beli mknn je sb lapo kot dr siang x mkn. ade jgk yg pengsan kat pasa karat 2 jap gi.

PHOTO BUCKET

sampai je j.b ak paling lawak tengok toilet ni kahkahkahkah
apekah function letak kipas dalam toilet???
bagi bau feces cpt beransur kot hahahaha


cute x cake ni?? cute kan, sape² yg berminat boleh la ke pasa karat :)


ni ak jmpe kat pasar karat. kelakar kan selipar ni hahaha cool.


ce teke ni ape??
semua salah! semua salah! jawapannye ni arnab hahahahaha
arnab kacukan la, ckp org x caye :p
nak tengok lagi haiwan pelik?? meh! meh!


ni la spider tarantula. takut kan, klu kene konfem innalillah.


ni plak tarantula yg dah matang. nampak x corak kat badan die?? takut kan??
ni ak bkn edit tau. xtipu. klu x caye tye la seha ;)


potpuri! potpuri sape nak bli!! wangi gle, tp mahal. klu x dah lame beli.


asyik snap pic barang je meh la snap pic kite plak :D ngeeeee~~~

one...two...three... cheesecake!!!


eh! cmne kau blh ade kat citu???
ko bkn tgkap gamba ke td??? hahahah magic laaa




haaa nampak x yg berlampu² 2? 2 la Singapore.


jom! jom! excercise mlm² iyah!


lpas berjimbe gi pasar karat, jalan kaki lak.exercise tgh malam pegi City Square.
masuk dalam mall. pegi tempat wayang. aduh cite x best plak.
abis x kan nak nganga je dlm wayang 2. xpe² planA cancel. pegi planB. karaoke. bapak tekejut kau skali nak masuk kne bayar rm30/sorang. nak mmpus boleh bli nasi lemak bekalan sebulan kot. cancel lagi plan. exercise lagi. pegi kat selat antara Singapore and J.B. huuuuu wind blowwww. tgh angin nyaman, romantis memandang kota singapore di tgh malam disinari lampu neon ttbe slek disebabkan bau air laut yg hampeh. hanyir uwekkk! ;p duk jauh sket r dari laut. bosan tgk singapore je. bkn de pape pn. jam dah nak dekat kul3 pagi. then mule planC, tido umah ika :) x senonoh anak dare dtg umah org pagi² bute ;( tp syok! dpt 1 pengalaman yg ak xleh lupe mase tido rumah ika. mak ika mmg pandai masak, so stp ujung mggu kat rumah ika ade klas memasak. kebetulan mggu yg ktorg dtg ni ade kelas mmbuat roti..waa best korg. rugi korg x tengok tau, dpt tgk cmne masak roti gune mesin besa, oven besa. nak bakar org pn bole...oven kat umah ak kecik..nak masuk kepala manusia pn x lepas hahaha macam bentuk roti ade tau.ramai² wat kat dapo :)


roti sblm masak.


lepas kne bako, masing² jd buncit hahaha cantik kan :)

buat pertama kalinye ak jumpa, rase, pegang, minum, beli COOLBLOG. selalu dga org cite je. ramai org kate sedap. akhirnye ak dpt pn merase. Alhamdulillah :). dah x teringin lagi. sempat pulak 2 sblm balik pegi myibuk kat kiosk COOLBLOG. xpe la, sekali sekala. tp serius mmg sedap. cube la :) dah ari ahad ni, esk ade kelas. x reti² nak balik ke oii. suke² ati ko je kan.... yela ak nak balik la ni. slmt tggl J.B. mase nak tgglkan J.B rase cm nak balik umah je huhuhuhu :(
dah la mase nak balik 2 ade kejadian yg x dpt nak ungkapkan. menyampah nak ingat!


coolblog...


haa cpt pilih nak yg mane. of course la coklet :D


hahaha dah siap! ;)


keluarkan duit korg masing² cpt hahaha nak balik ni :)


bye² J.B :)

vvip date ☺

asyik ibu je belanje kite...
xpe bu..ari ni ika pulak yg blanje ibu k =)
sbb ika yg ajak ibu keluar jeng jeng jeng
waa shoping!
ibu pantang kalau org ajak shoping...
tambah lg kalau dga ade sale..
subuh² dah bangun ajak gi alamanda
ALAMANDA, temasuk jgk la dlm list top5 my febrete shopping complex.
sbb die sllu ade sale :) pantang dengar.
sbb die ade kedai kasut NOSE ( suke kasut NOSE sbb serasi ngn ak :) )
sbb ade byk tempat makan yg best² :)
sbb byk baju cantik² :)
suke laa, sng cite...sbb die x semak.
keadaan pn terkawal..
deco pn cantik kat lua ade tasik.
mlm² lepak syok! romantik gitu =)
tmpat makan pn best.
pas2 ade COLD STORAGE (sng nak cri brg utk masak western food or cake)
pas2 x byk sgt samseng² or budak remaja yg x tentu arah ni..
x mcm kat IOI mall or mines..
mmg pnuh mat² indon, bangladesh sume..
euuuwwww semput ak nnt..
bkn nak hina...tp xtau la..mmg la kesian kat diorg.
tp x suke la, ssb diorg ni kdg² melampau..
dah la kalua pandang 2 atas bawah. miang btul!
kalau jalan 2 saje je nak wat² terlanggar terutamanye bangladesh..
eh macha! x nmpk ke oii
rase nak je jerit cm2...
tp mmg x la kan.
mampus kau jap lg balik xde kepala.
saje nak ambik kesempatan.
xsuke! dah stop! abis cite psl mamat oversea.
jum bu sambung date :)
dah penat shopping pergghh mmg lapa.
tp lalu kat BLACK CANYON COFFEE nmpak ade promotion set.
wah! cpt² masuk cari tempat duduk n order.
kebulur ni :S
skali mknn sampai ambik kau, mmg cm utk anak gergasi makan la.
kembung perut nak menghabiskan makanan.
klu tau baik kongsi je ngn ibu :p

PHOTO BUCKET

abby : hai auntie sri meh la join tgkap gamba :P


ibu : ape plk yang x bolehnye. makcik mmg suke bergambo ni hahaha


ibu : eh, photograper.! meh la sini snap lagi. xpuas ni hahahaha


lambat beno mknn nak sampi ermm ratah dulu la big apple donut ni :P
ceh! sempat lagi posing makcik ni, org baru nak candid.


dah sampai!! american fried rice ibu punye choice :)
nyum nyum


saya nasi putih je :) dah bape ari x mkn nasi putih diet punye pasal.


and...tomyam :D


and...watermelon juice :)
blurppp kenyang :)
buncit :)
sng hati :)



si lasak & si pengikut

jalan² pegi Wangsa Walk time dah nak tutup.
mmg merepek kan??
hahahaha xpe kami suke wat keje gile...
melayan sepupu² :D
klu korg tgk ak time 2 mmg dah mcm bibik kot.
sang ibu² ngn sang bapak² sibuk tgh baju n barang masing²
abis 2, dah name pn bawak 1 van kanak² riang.
mane x pening kepala nak menghandlenye :S
aduh, disebabkan ak la sepupu yg paling tue time 2, so ak la bertanggung jawab jadi bibik ni hahhahaa. yang lain² xde masalah sbb diorg dah bersekolah, so klu tego skit "naqem jgn buat" oke setel. tp yg mendatangkan masalah ni la bdk 2 ekoq ni degil yg amat, especially narissa si lasak. trun je dari kereta trus lari nak keja mainan. sampai hilang suare ak asyik menjerit je hari 2. mane x nye nasib baik x kne langgar ngn kerete time 2. nak jatuh jantung ak, lagi sket je nak kene kereta org. aduh....dah mari kanak² ikut kak ika kite pegi tempat game kat tingkat ats. sampai je kat tempat game, ape lagi, masing² tersenyum lebor. ceh sonok la 2! sampai trus pegi kaunter, beli token. jom kite main kanak² :). shahir dengan narissa kalau dah jumpe mmg la mcm² idea yg diorg nak wat. sbb 2 bdk due org ni kne perhatikan je. klu x nnt ade la diorg wat bende² yg bukan² tambah lagi klu jumpe pasir, aduh! mmg suke bdk 2 orang 2 . si narissa la sllu jadi ketua projek sbb die ni hyper aktif, yg si shahir plk mgikut je haahahahaha sweet :)


PHOTO BUCKET

wat muke bile la nak smpi ke destinasi ni.


hah da sampai! :D bdk ni kne dukung klu x, ntah kemana² die hilang.


si lasak


si pengikut setia


amboi sonok beno korg main...tggl kak ika sorg² kat bwh ni :(
nak jugakkkk!!!


amboi excited nampak ;). xpe² tggu je jap lg 3:)


hahahaha padan muke! :P mase dah abis. ckup² cpt trun ;)
( turun dlm keadaan terpakse :p )


yess sume pn hepy :). ok balik semua kne tido tau!